24
Mar
09

ngo-nang120x180

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

Jika Dia meminta harta daripadamu lalu mendesak kamu [supaya memberikan semuanya] niscaya kamu akan kikir dan Dia akan menampakkan kedengkianmu.

Muhammad (36-37)

PARADOKS BANGSA MELAYU

 

Jika benar orang Melayu menjunjung tinggi agama, mereka harus membuktikannya dalam kelakuan dan perbuatan yang tidak melanggar adab dan etika Islam.

 

Jika betul orang Melayu banggakan budaya, mereka harus mempamirkan maruah diri dan bangsa yang tinggi dalam menangani segala cabaran hidup termasuk politik. 

 

Jika orang Melayu tidak mahu ketuanan bangsa dihina, mereka harus berpegang teguh kepada prinsip hidup yang mulia dan dihormati.

 

Pergolakan politik menjelang perhimpunan agong dan pendedahan bahawa rasuah berlaku secara  berleluasa dalam pemilihan pemimpin UMNO menimbulkan persepsi bahawa berlaku keruntuhan moral yang ketara di kalangan ahli UMNO dari atas hingga ke bawah. Hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin ke atas beberapa pemimpin tinggi dan bawahan mengesahkan bahawa keadaan ini memang benar.

 

Lantaran UMNO mewakili aspirasi dan kepentingan orang Melayu, kepincangan dalam rumahtangga UMNO dilihat sebagai lambang kejatuhan masyarakat Melayu yang lebih besar. Seolah-olah orang Melayu lazimnya lemah dan boleh disogok kerana tidak mempunyai pendirian politik yang kukuh dan prinsip hidup yang teguh; seolah-olah kesetiaan politik boleh dijual beli dan pemimpin dipilih bukan kerana kebolehan dan integriti dalam menjalankan tugas, tetapi kerana mereka popular.

 

Keadaan ini menimbulkan satu paradoks di mana orang Melayu yang begitu serius  membina masyarakat Islam yang bertamadun  tidak mengamalkan prinsip serta pedoman agama yang mereka junjungi. Orang Melayu yang berpengetahuan tentang kegemilangan tamadun Islam, rukun Islam dan soal halal dan haram dalam Islam tidak mempraktikkannya dalam hidup mereka.

 

Rata rata di kampung dan di bandar, di kalangan masyarakat atasan dan bawahan orang  Melayu giat meghadiri usrah dan ceramah agama. Stesyen stesyen televisyen kerap menyiarkan program agama di mana tafsiran Al Quran serta konsep-konsep dalam ajaran Islam dikupas dan dibincang dengan begitu teliti.

 

Kita sentiasa diingatkan tentang apa yang halal dan haram; apa yang merupakan dosa dan pahala. Kita menyedari sifat sifat yang menjadikan seseorang itu insan yang termulia atau yang terkutuk.

 

Jika ini benar, mengapa rasuah dan sogokan menjadi amalan ahli parti Melayu sedangkan agama Islam mengharamkannya? 

 

Mengapa ahli UMNO tidak memilih calon yang berintegriti tinggi dan berkebolehan mempertahankan maruah bangsa dan agama?

 

Mengapa ahli UMNO khususnya perwakilan di perhimpunan agung enggan mengaku bahawa perbuatan mereka yang melanggar etika parti dan adab bangsa serta agama tidak akan direstui Allah.

 

Mengapa susah sangat mereka menerima hakikat bahawa parti yang korup akan ditolak oleh pengundi sedangkan pemimpinan tertinggi UMNO sudah menyuarakannya?

 

Untuk membuktikan ahli parti masih setia kepada perjuangan utama UMNO, iaitu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menjunjung maruah bangsa dan agama, mereka mesti kembali ke pangkal jalan dan memikirkan senario di mana hak mereka yang sedang hebat dicabar akan hilang tidak lama lagi.

 

 

Advertisements

0 Responses to “”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Pages


%d bloggers like this: