YOU ARE indeed the best community that has ever been brought forth for [the good of] mankind: you enjoin the doing of what is right and forbid the doing of what is wrong, and you believe in God.
Now if the followers of earlier revelation had attained to [this kind of] faith, it would have been for their own good; [but only few] among them are believers, while most of them are iniquitous; [but] these can never inflict more than a passing hurt on you; and if they fight against you, they will turn their backs upon you [in flight], and will not be succoured.
AL – IMRAN (110 – 111)
EKUITI BARU
Pembukaan luas pintu ekuiti pelaburan saham awam serta beberapa sektor ekonomi dan kewangan kepada semua golongan rakyat membuktikan langkah pertama kerajaan Dato’ Seri Najib membina dasar dan program yang lebih adil dan saksama.
Usaha pantas Perdana Menteri untuk menjadikan SATU MALAYSIA realiti hidup rakyat Malaysia dan bukan hanya slogan yang bijak menunjukkan betapa serius BN dan UMNO menganggap kanser yang melanda badan mereka, iaitu kemerosotan teruk sokongan politik yang dimiliki selama 50 tahun.
Kanser politik perkauman, yang jika tidak dirawat dengan cepat akan membawa maut!
Walaupun kerajaan campuran parti-parti BN mati-mati mengatakan mereka mewakili intihati masyarakat majmuk Malaysia, janji-janji mereka dicabar dan dikritik kerana berlaku pencemaran dan penyalahgunaan kuasa. Mereka dituduh terlalu memihak dan membenarkan golongan tertentu bermaharajalela!
BN pada amnya dan UMNO khususnya disepak tendang dan ditampar tempeleng oleh PR dan parti-parti komponen BB (barisan bayangan).
Bayang-bayang politik yang bukan omong-omong mimpi pagi tetapi bakal menjadi mimpi ngeri di siang hari!
Memang ramai yang bertepuk sorak menerima baik langkah kerajaan yang ingin dilihat sebagai benar-benar mendukung prinsip tulin demokrasi – government of the people, by the people, for the people. Dalam slogan ini termaktub konsep-konsep seiring seperti egalitarianism, justice, freedom of speech dan human rights.
Dasar kerajaan seperti affirmative action yang cuba memperseimbangan ketidaksamaan manusia dalam masyarakat sering dilaungkan-laungkan dan diimplementasi dalam beberapa corak termasuk Malay/Bumiputera rights.
Selama 50 tahun orang Melayu selesa dengan usaha kerajaan melindung kedudukan istimewa mereka dengan layanan serba rupa dasar dan program. Sehingga mereka fikir semua ini ialah hak mutlak mereka kerana merekalah golongan rakyat yang dianugerah taraf ketuanan!
Sekarang semua ini akan berubah! Orang Cina, India serta kumpulan etnik lain berderet-deret menuntut layanan yang sama dan saksama. Mereka kata mereka terpinggir selama ini! Mereka kata mereka ada hak menuntut kepentingan sebagai rakyat Malaysia yang tulin!
Memang ramai juga yang susah hati! Risau melihat orang Cina merebut peluang dengan begitu pantas. Dalam sekelip mata 999 juta saham awam beralih ke dalam genggaman orang Cina. Ini membuktikan kapasiti kewangan mereka yang kukuh. Mereka ada simpanan wang untuk melabur!
Orang India dan Melayu bergerak perlahan! Tidak begitu mampu kerana tidak banyak menyimpan wang! Macam mana nak simpan dengan hidup kais pagi makan pagi! Atau berlagak bergaya!
Kita tidak harus bimbang dan khuatir! Kita harus bangun menangani cabaran baru dalam MALAYSIA BARU!
Kalau benar-benar jujur dan ikhlas dan mempunyai maruah bangsa, orang Melayu harus menunjukkan integriti mereka dengan berkerja keras dan berusaha gigih untuk bersaing!
Jika benar Orang Cina berintegriti mereka harus berkongsi peluang dan ilmu dengan orang Melayu dan India supaya ketiga-tiga golongan utama bangun serentak membina SATU MALAYSIA! Dengan semangat murah hati sumber sumber negara dapat dikongsi dengan golongan minoriti yang lain.
Inilah semangat sebenarnya SATU MALAYSIA!
Saya akan terus bermimpi bahawa semua ini akan tercapai!