07
Apr
09

sudarso-afandi-reg

VERILY, God does not forgive the ascribing of divinity to aught beside him, although He forgives any lesser sin unto whomever He wills: for he who ascribes divinity to aught beside God has indeed contrived an awesome sin.

AN-NISA (48)

SAY: “Call upon those [beings] whom you imagine [to be endowed with divine powers] beside Him – and [you will find that] they have it not in their power to remove any affliction from you, or to shift it [elsewhere].

AL-ISRA (56)

SYIRIK & SIHIR

Mengikut ajaran agama Islam, dosa yang besar sekali ialah memperduakan Allah, iaitu mempercayai bahawa benda atau perkara lain mempunyai kuasa sama seperti Allah. Yang selalu disebut sebagai contoh ialah menyembah patung atau berhala dan juga mempercayai orang/ makhluk yang dikatakan mempunyai kuasa untuk menentukan atau meramalkan hidup dan mati kita!

SYIRIK dan SIHIR amat dibenci Allah dan amat sukar diampuni! Ada jenis syirik besar dan kecil, sihir besar dan kecil yang masing-masingnya menerima balasan setimpal daripada Allah.

Lantaran saya tidak pernah mengamalkan kepercayaan tersebut saya tidaklah begitu gerun dengan janji pengkutukan yang amat dahsyat di neraka kelak. Namun mata dan minda saya amat dicelikkan oleh ilmu dan pengetahuan tentang konsep-konsep dalam agama Islam yang saya kurang memahami.

Hati kecil saya tergerak:   Alangkah elok  kita fikirkan cara yang lebih menarik untuk menyampaikan ajaran ajaran dan pedoman pedoman ini!

Maksud saya: apakah cara dan pendekatan yang terbaik untuk menyebarkan ajaran agama Islam yang begitu suci serta murni di khalayak ramai supaya dihayati pada tahap yang lebih memanfaatkan!

Para hadirin di kedua dua usrah yang saya ikuti dibanjiri oleh golongan warga emas atau mereka yang menjangkau usia 50an. Kami meluangkan masa untuk mendengar pesanan pesanan ustaz/ ustazah mungkin kerana menganggap masanya tidak lama lagi! Lagi pun sekarang ada masa yang lebih untuk memikirkan tentang ibadah serta aqidah kerana masa untuk menjaga anak anak sudah kurang.

Bagaimana ajaran ajaran ini boleh dijadikan relevan kepada golongan muda yang mungkin kurang memikirkan soal mati dan lebih menumpu kepada soal hidup!

Apa pendekatan yang boleh kita gunakan untuk menggalakkan mereka berdakwahkan agama dan bukannya materialisme?

Mereka yang berpendidikan tinggi lebih cenderung kepada diskusi atau ilmu yang berasaskan logik dan argumen yang munasabah! Mereka kurang meminati ilmu yang menggertak atau menakut-nakutkan tetapi menerima ilmu yang mengajak mereka berfikir.

Kita renungkan bersama!

Advertisements

0 Responses to “”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Pages


%d bloggers like this: