29
Apr
09

sweet-chat-007

YOU ARE indeed the best community that has ever been brought forth for [the good of] mankind: you enjoin the doing of what is right and forbid the doing of what is wrong, and you believe in God.

Now if the followers of earlier revelation had attained to [this kind of] faith, it would have been for their own good; [but only few] among them are believers, while most of them are iniquitous; [but] these can never inflict more than a passing hurt on you; and if they fight against you, they will turn their backs upon you [in flight], and will not be succoured.

AL – IMRAN  (110 – 111) 

 

EKUITI BARU

Pembukaan luas pintu ekuiti pelaburan saham awam serta beberapa sektor ekonomi dan kewangan kepada semua golongan rakyat  membuktikan langkah pertama kerajaan Dato’ Seri Najib membina dasar dan program yang lebih adil dan saksama.

Usaha pantas Perdana Menteri untuk menjadikan SATU  MALAYSIA  realiti hidup rakyat Malaysia dan bukan hanya slogan yang bijak menunjukkan betapa serius BN dan UMNO menganggap kanser yang melanda badan mereka, iaitu kemerosotan teruk sokongan politik yang dimiliki selama 50 tahun. 

Kanser politik perkauman, yang jika tidak dirawat dengan cepat akan membawa maut!

Walaupun kerajaan campuran parti-parti  BN mati-mati mengatakan mereka mewakili intihati masyarakat majmuk Malaysia, janji-janji mereka dicabar dan dikritik kerana berlaku pencemaran dan penyalahgunaan kuasa. Mereka dituduh terlalu memihak dan membenarkan golongan tertentu bermaharajalela!

BN pada amnya dan UMNO khususnya  disepak tendang dan ditampar tempeleng oleh PR dan parti-parti komponen BB (barisan bayangan).

Bayang-bayang politik yang bukan omong-omong mimpi pagi tetapi bakal menjadi mimpi ngeri di siang hari!

Memang ramai yang bertepuk sorak menerima baik langkah kerajaan yang ingin dilihat sebagai benar-benar mendukung prinsip tulin demokrasi – government of the people, by the people, for the people. Dalam slogan ini termaktub konsep-konsep seiring seperti egalitarianism, justice, freedom of speech dan human rights.

Dasar kerajaan seperti affirmative action  yang cuba memperseimbangan ketidaksamaan manusia dalam masyarakat sering dilaungkan-laungkan dan diimplementasi dalam beberapa corak termasuk  Malay/Bumiputera rights.

Selama 50 tahun orang Melayu selesa dengan usaha kerajaan melindung kedudukan istimewa mereka dengan layanan serba rupa dasar dan program. Sehingga mereka fikir semua ini ialah hak mutlak mereka kerana merekalah golongan rakyat yang dianugerah taraf ketuanan!

Sekarang semua ini akan berubah! Orang Cina, India serta kumpulan etnik lain berderet-deret menuntut layanan yang sama dan saksama. Mereka kata mereka terpinggir selama ini! Mereka kata mereka ada hak menuntut kepentingan sebagai rakyat Malaysia yang tulin!  

Memang ramai juga yang susah hati! Risau melihat orang Cina merebut peluang dengan begitu pantas. Dalam sekelip mata 999 juta saham awam beralih ke dalam genggaman orang Cina. Ini membuktikan kapasiti kewangan mereka yang kukuh. Mereka ada simpanan wang untuk melabur!

Orang India dan Melayu bergerak perlahan! Tidak  begitu mampu kerana tidak banyak menyimpan wang! Macam mana nak simpan dengan hidup kais pagi makan pagi! Atau berlagak bergaya!

Kita tidak harus bimbang dan khuatir! Kita harus bangun menangani cabaran baru dalam MALAYSIA BARU! 

Kalau benar-benar jujur dan ikhlas dan mempunyai maruah bangsa, orang Melayu harus menunjukkan integriti mereka dengan berkerja keras dan berusaha gigih untuk bersaing!

Jika benar Orang Cina berintegriti mereka harus berkongsi peluang dan ilmu dengan orang Melayu dan India supaya ketiga-tiga golongan utama bangun serentak membina SATU MALAYSIA! Dengan semangat murah hati sumber sumber negara dapat dikongsi dengan golongan minoriti yang lain.

Inilah semangat sebenarnya SATU MALAYSIA!

Saya akan terus bermimpi bahawa semua ini akan tercapai!

Advertisements

2 Responses to “”


  1. April 29, 2009 at 10:07 am

    fair request but what if the Chinese say that they have the money because they work hard and are enterprising because at some initial point they all started in the villages just like the Malays and Indians. they are obsessed with the culture that their children must have a better life than them. they would work nights and sell everything to get their children educated if they can afford it. what about the Malays?

    we keep assessing the current situation of their economic prowess as an excuse to protect the Malays (I feel sorry the Indians don’t seem to be in the equation at all!) and such protection is the fate accompli sickness which breeds more incompetent Malays in the future.

    yes granted that the Chinese is stronger economically than most but they were not born with it. so we should see how best a dasar ekonomi bangunkan melayu or sedarkan melayu can make the Malays at par with them in 20 years and this has to be a direct self development approach which is based on commitment and rewards merit!

    perhaps one generation has to be sacrificed?

    shaik rizal sulaiman

  2. 2 ninitalk
    April 30, 2009 at 12:57 pm

    We must not forget cowboymalaysia that the majority of the Malays are demographically rural and not city slickers like us! Affluent urban Malays probably comprise less than 10 % of the Malay population.

    They are mainly involved in slow growing agro-based activities and not in business with its quick returns. When they are involved in the food industry as traders, hawkers and gerai operators, I think they work as hard as the Chinese, their standard of hygiene maybe one step higher.

    But you are right in suggesting they must plan more for the future, put aside more substantial savings for education and material conforts! They must be educated in modern saving/ investment facilities. They must be persuaded to buy saham and not keep their savings under their tikar or tilam!

    When one looks at the Chinese, Malays and Indians its quite obvious the Chinese have a headstart – coming from a culture and tradition that is acquisitive and leans towards (material) prosperity. Thus their economic and commercial resilence!

    Nilai dan tradisi Melayu lebih mementingkan adat dan sosio-budaya komuniti perkampungan! Kadang-kadang susah juga nak sesuaikan dengan hidup dan pemikiran moden!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Pages


%d bloggers like this: