24
May
09

2044

 

And, indeed, We sent our messages unto people before thy time, [O Prophet,] and visited them with misfortune and hardship so that they might humble themselves: yet when the misfortune decreed by Us befell them, they did not humble themselves, but rather their hearts grew hard, for Satan had made all their doings seem goodly to them. Then, when they had forgotten all that they had been told to take to heart, We threw open to them the gates of all [good] things, until – even as they were rejoicing in what they had been granted – We suddenly took them to task: and lo! they were broken in spirit; and [in the end,] the last remnant of those folk who had been bent on wrongdoing was wiped out.

For all praise is due to God, the Sustainer of all the worlds.

AL – AN’AM (42 – 45)

 

MALAYSIA O MALAYSIA

Melayu O Melayu bangsaku!

Malaysia O Malaysia bumi tumpah darahku!

Rasa sedih melanda diriku tiap kali merenung  nasib orang Melayu di bumi  mereka sendiri!

Rasa marah menghantui perasaanku bila dicabar bumi ini bukan bumi Melayu!

Kurang faham dan kurang ajar orang yang mengatakan orang Melayu tidak ada tempat istimewa di tanah air yang mereka warisi sejak beratus tahun; yang mereka lindungi sejak zaman nenek moyang; yang mereka bina dengan kudrat dan titik peluh bangsa sendiri; yang mereka cintai dengan jiwa rohani bangsa yang dipanggil Melayu!

KEMELAYUAN ORANG MELAYU berasal daripada tanah tumpah darah mereka dan adat resam yang menyelubungi  hidup mati mereka; maruah terbina daripada semangat melindungi kepentingan bangsa dan agama daripada serba ancaman luar dan dalam; jati diri bersemangat kerana bumi yang mereka cintai berkembang  mekar atas usaha gigih anak bangsa! 

Bumi orang berbangsa Inggeris dinamakan England, bumi orang berbangsa Cina dipanggil China, bumi orang berbangsa India disebut India! Tiap-tiap satunya kelompok manusia yang disebut “bangsa” megah dengan warisan bahasa, adat budaya dan kepercayaan dan agama masing-masing walaupun sudah lama meninggalkan tanah asal dan merantau di bumi asing!

Jika merenangi lautan yang lebar dan menyeberangi tanah yang luas sekali pun bangsa Inggeris tetap Inggeris, bangsa Cina tetap Cina, bangsa India tetap India! Ini hakikat gen bangsa atau ras yang tidak boleh dipisahkan! Rupa dan bentuk gen asal kita tetap Inggeris, Cina, India dan Melayu! Darah yang mengalir dalam tubuh badan kita jelas menandakan gen bangsa kita! Tidak  boleh dibina gen bangsa Malaysia!

Orang Melayu yang berhijrah ke Afrika, Pulau Cocos, Amerika dan England tetap Melayu dan sedikit sebanyak semangat budaya Melayu, identiti Melayu, maruah Melayu kekal kukuh dalam hati dan jiwa mereka!  Begitu juga orang Inggeris, Cina dan India!

Salahkah di bumi mereka sendiri yang dipanggil Malaya dan selepas itu Malaysia, orang Melayu melindungi kepentingan bangsa mereka? Janggalkah semangat kemegahan orang Melayu mendukung warisan mereka dan mengekalkan maruah bangsa dan agama meluap-luap apabila dihina oleh orang lain,?

Sedih melihat orang Melayu dihina di bumi mereka sendiri!  Jika orang Melayu bangun mempertahankan kepentingan mereka yang terancam salahkah?

Bukankah mereka memang sudah  berkurun-kurun berkongsi sumber dan hasil tanah air dengan orang lain yang menetap di bumi Melayu?  Tidakkah orang Melayu sentiasa menunjukkan semangat beradab dan beralah hidup seiring dengan bangsa bangsa  lain yang menetap di sini? Semangat akomodasi yang dilaung-laungkan oleh penjajah? Semangat toleransi yang digalakkan oleh pemimpin kebangsaan? 

Orang Melayu dipujuk  berkerjasama dengan orang Cina dan orang India yang nenek moyang mereka memilih bumi Melayu untuk dijadikan bumi angkat.  Bukankan semua ini terbukti dalam sejarah negeri dan negara? Sekarang semua bangsa di negara Malaysia diseru bergabung tenaga memperjuangkan kepentingan bumi tumpah darah mereka. Bukankah ini semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dan jatidiri negara yang disuarakan oleh pemimpin yang serba rupa!

MERDEKA! WAWASAN 2020, BANGSA MALAYSIA! SATU MALAYSIA!  SLOGAN – SLOGAN yang mempunyai pengertian yang agak sama! Semuanya mempunyai matlamat menyatukan, memperkukuhkan, mempertingkatkan, memperkembangkan maruah dan jatidiri bangsa-bangsa di  bumi Malaysia. Bukan mereka dipaksa melupakan identiti sendiri dan menjadi Melayu! 

Tidak boleh dinafikan bangsa-bangsa Malaysia mempunyai budaya dan adat resam yang berlainan!  Bukannya mereka diajak mengasimilasikan budaya Melayu! Tidaklah mereka dipaksa melupakan sejarah dan warisan budaya dan bahasa sendiri! Berasimilasi dengan bangsa Melayu!  Mereka hanya diminta merperjuangkan bersama Bahasa Kebangsaan negara yang memudahkan komunikasi antara rakyat berbilang bangsa!

 

serembandancers

 

Jika Bahasa Inggeris memainkan peranan mengintegrasikan masyarakat antarabangsa di prasada dunia, Bahasa Melayu berperanan mengintegrasikan masyarakat Malaysia di peringkat kebangsaan!

Rakyat Malaysia mempunyai hak asasi kemanusian dan kewarganegaraan yang sama!

Tetapi tidak boleh dinafikan bangsa bangsa di Malaysia mempunyai kepentingan budaya dan warisan yang berlainan!

Advertisements

2 Responses to “”


  1. May 25, 2009 at 8:40 am

    orang putih ka, biru ka, merah ka, kuning ka… kita semua orang Malaysia kan? (excerpt from Susan Lankester in the movie “Mekanik”)

    kalau hak patut sama, maka bangsa hanya satu so what will it be? bangsa Malaysia berketurunan pelbagai? or hak berlainan dan berbagai bangsa? we cannot have our cake and eat it too!

  2. 2 ninitalk
    May 25, 2009 at 11:39 am

    Perlu dinyatakan ada isu semantik di sini antara perkataan “bangsa” (bangsa Melayu, Cina, India dlll) yang sama erti dengan “ras” atau “race” dalam BI. Ras berasaskan pembentukan gen (gene)manusia dan dibahagikan kepada beberapa kelompok.

    Dalam ungkapan “bangsa Malaysia” bangsa bermaksud “nation” or “nasionaliti”. Memang benar kita terdiri daripada satu nasionaliti atau kewarganegaraan tapi ras (termasuk budaya dan agama) berlainan.

    Perkataan “hak” dan “kepentingan” juga harus dihuraikan pengertiannya. “hak” bermakna “rights” termasuk perundangan tetapi “kepentingan” bermakna “interests” (socio-cultural, economic etc)

    Hak kita sama dari segi undang undang tetapi kepentingan ekonomi dan socio-budaya berlainan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pages


%d bloggers like this: