13
Jun
09

IMG_0277

 

BALIK KAMPUNG

Esok Ahad 14 Jun saya nak balik kampung!

Pulang ke kampung halaman, tempat tumpah darah ibu saya di Nyalas, Melaka. Sambil menghadiri majlis perkahwinan sepupu lelaki yang digelar Tete, saya nak  menjenguk saudara mara Minangkabau yang masih menetap di kampung terpencil ini.

Ingat lagi kunjungan ke Nyalas masa saya kecil! Menziarahi Tok Manan, bapa ibu saya yang menjadi penghulu atau demang kawasan ini. Besar tinggi orangnya! Ingat juga Tok Mat Nor adik Tok Manan, seorang guru sekolah Melayu di Jasin. Terkenang juga Mak Cik Munah, Monel, Limah, Yam, Yah dan Pak Cik Ali adik beradik (lain ibu) arwah mak saya. Tok Manan mengahwini  empat isteri tetapi satu lepas satu, iaitu selepas kematian isteri sebelumnya. Bukan untuk memuaskan hawa nafsu seperti lelaki Islam sekarang yang mengahwini dua tiga isteri serentak!

 Terbayang bayang muka Ali Pelat yang membesar dan menua bersama saya. Dengan Ali lah saya selalu bersembang, berseloroh, berjenaka sambil menghisap rokok daun semasa kecil dan Rothmans semasa dewasa! Kami berdua menjelajahi politik negara dan meninjau ke dalam lubang lubang politikus UMNO. Dalam loghat Minang! Dengan nada yang penuh emosi! Mengenangkan nasib bangsa dan negara!

Den tengok ogrhang Melayu pokan dah mengado ngado macam si kudong dapek cincin!  Dapek sikit dah bodoh sombong lupo sedagrho magrho kampong masih papo kedano! 

Sungguhpun tidak berpelajaran formal Ali Pelat mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa; mempunyai “native intelligence” dan “native speaker intuitions” yang tajam! Dan hati Ali sungguh suci! Saya amat merinduinya!

Saudara mara sebelah ibu orang Minangkabau, semua bercakap loghat Minang, semua orang kampung pendalaman! Kali terakhir saya melawat mereka ialah dua tahun lepas semasa Yam meninggal dunia. Memang benar saudara mara yang tinggal di merata pelusuk negara berjumpa hanya pada majlis perkahwinan atau kematian!

Saya pasti tidak ada banyak perubahan dalam hidup mereka – dari dulu hingga sekarang. Mereka masih susah, kebanyakan mereka masih kais pagi makan pagi! Bercucuk tanam! Memelihara ayam dan itik! Memancing ikan sungai!

                                                          Pulang

                              Tiap kali aku menapak bumimu England,

                             Bagai bangau menghinggapi kerbau

                             Ombak beralun balik ke tepi pantai

                             Hujan renyai menyerapi bumi;

                             Sebentar rasa pulang

                             Seketika rasa puas

                             Sekejap rasa tenang;

                             Seolah dibelai penawar rindu

                             Menumpang kasih di pangkuan ibu susu.

                             Bukan kerana untung dan megah

                             Dapat memeluk gading bertuah,

                             Lebih dari itu –

                             Tanduk kerbau ku genggam kukuh

                             Kampung halaman teratak berteduh

                             Tetap ku tatang, tetap ku sayang.

 

                             Namun kau England –

                             Menusuk zahir batinku

                             Membuai mimpi dulu

                             Mengimbas ingatan lalu

                             Fatamorgana syurga abadi di kalbu;

 

                             Jiwamu England tetap ku rindu.

Mungkin sekarang rumah atap papan sudah bertukar menjadi rumah separuh batu, basikal sudah digantikan dengan motor atau Proton “sekenhen” dan radio dinaiktaraf kepada TV dan CD dan DVD. Anak-cucu mereka mungkin lulus UPSR atau SPM. Ada juga yang lulus STPM dan menuntut IPT di sini sana .

Membeli kenderaan dan alat hiburan menjadi keutamaan mereka! Menikmati hiburan moden seperti Akademi Fantasia  memenuhi masa lapang dan menjadi buah perbincangan hebat. Ini menggantikan borak kosong di kedai kopi atau mencaci jiran sambil mencari kutu di tangga depan! Mana ada masa atau minat nak membaca buku! Mana ada duit lebih untuk disimpan atau dilabur!

Dengan pendidikan formal yang lebih tinggi daripada nenek moyang dan ibu bapa mereka, pemuda kampung berpeluang mendapat pekerjaan “white collar” atau “blue collar” di bandar bandar kecil dan besar. Tak payah lagi bertungkus lumus mengerjakan sawah sekangkang kera atau hutan sepelaung di pinggiran kampung mereka.

Mudah orang bandar seperti saya bercakap! Hidup kita lebih senang, lebih mewah, lebih “affluent”! Orang Melayu bandar tidak serupa atau sejiwa dengan saudara mara kampung.

Kata saja orang Melayu tapi jurang perbezaan antara kelompok kelompok Melayu seluas gaung!

Dengan perbezaan pendapatan dan kemudahan hidup antara bandar dan luar bandar yang semakin menggunung, timbul lah perbezaan ekonomi, sosio-budaya dan politik yang makin lama makin memisahkan kita semua.

Kata saja orang Melayu! Tapi hati dan jiwa berlainan!

Advertisements

22 Responses to “”


  1. June 14, 2009 at 3:06 am

    Assalamualaikum w.b.r Aunty Halimah,

    Just curious to know how…

    Your love for English was sown in school, what was it that attracted you to the language? Infant Jesus was & still is a very good school, they were National Level Champion for Choral-Speaking competition last year..

    How did your English teacher/s inspire your interest further? What was it they repeatedly said or did ?

    Your responses to these questions would be of great help to current English Language Teachers (especially in dealing with those who don’t come from English speaking backgrounds).

    Thank You & WasSalam…

  2. 2 ninitalk
    June 14, 2009 at 5:09 pm

    Hi Zahira

    You should have posted this comment on the previous posting but never mind – I’m just so pleased you visited so I’ll answer it here.
    Yes – the Convent schools have always been tops for English and English Literature because they have a great tradition of reading and library study. They have excellent teachers who improvise with different types of creative language activities.

    In Form 1 we had our own class newspaper and contributed regularly whether as reporters, writers or editors. We had class /school elocution competitions. We read out poems or our favourite passages aloud in class or in the school hall.

    In the first school I taught (Malay Medium) in JB my students and I produced a play King Midas where the students made their own costumes and stage props. This became a regular end-of-term activity. In Ipoh we did a Victorian play and organised a poetry writing competition.

    Newspaper/ Book reports were a regular writing activity. Students read an article/ short story/ novel and did some creative activities like describing a favourite character or writing out a dialogue between two or more characters.

    I don’t remember particular things my teachers told me but I remember their encouragement, enthusiasm and smiling faces whenever they praised us for our good work!

  3. 3 Ado_kampuang
    June 15, 2009 at 12:14 pm

    Salam kenal,

    “Adat bonoghori momaga noghori, ada bokampong memaga kampung”. Mudah-mudahan masih ramai lagi Melayu kampung di bandar sana yang tak lupa akar dirinya. Mujurlah ada kenduri-kendara, ingat jugalah nak pulang ke kampung bersua muka dan mengerat silaturahmi serta ukhwah kekeluargaan dengan orang yang di desa. Inilah satu-satunya tradisi kita yang tinggal.

  4. June 15, 2009 at 12:35 pm

    Ye Kak Halimah….Melayu tak semuanya sama….alam Melayu itu luas merangkumi indonesia sehinggalah ke Filipina..

    Dan Melayu di Malaysia sendiri juga tidak sama, as you said it Kak Halimah:
    “Kata saja orang Melayu! Tapi hati dan jiwa berlainan!”

    ….bak peribahasa dan kata bidalan:

    “Rambut sama hitam…tetapi hati lain-lain”
    “Tidur sebantal…mimpi tak sama”…

    Generasi moden masakini ramai yang tidak tahu peribahasa dan kata bidalan mahupun adat orang Melayu…

  5. June 18, 2009 at 12:32 am

    bak kato… api dalam kaco, di potek nyo di topi yang tongah pulak menyalo… (suis lampu elektrik)

  6. 6 ninitalk
    June 18, 2009 at 7:36 am

    Boto kato kau ejang oi!

  7. 7 Shaary Bin Md Yunus
    July 20, 2009 at 10:21 pm

    assalamualaikum saya tertarik pulak nak pergi kat website ni cerita pasal Demang Manan pangkat Monyang lelaki monyang perempuan Tian Moi( Piang Moi),Kg Mantai sempadan dengan Nyalas Atuk saudara *(Mad Said )menteri Besar negeri Sembilan pertama beristerikan anak Penghulu Demang Manan(hebat tu)seibu dengan nenek limah suaminya atuk saya arwah Dollah ikan tapi sama rupa macam arwah mak yam isteri pak awang.Kat Nyalas atau Jasin lah kawasan atas sikit dari Rim area Asahan hingga ke Tampin ni suku Batu tiga belang dan mempunyai pertalian darah pendek kata depan belakang sebelah semua bersaudara darah dan boleh dikesan susur galurnya

  8. 8 Shaary Bin Md Yunus
    July 20, 2009 at 10:49 pm

    sambung lagi masa Mak Yam meninggal teringat lagi mee goreng dia,ramai betul orang datang rasanyalah 9/10 tu semua sedara tapi tak kenal sangat sebab jarang jumpa kes lemas budak 4 orang kat Gapis Rumah tua kat hujung tu Penghulu Cheng (Razak) yang jaga Razali baik jujur lagi ingat lagi duduk terkenang tanah sawah kat belakang Japerun Jalan Melangkan Bukit Senggeh sebelah tanah Hj Hassan,Hj Dollah,Hj Bakar,Hj Omar Binjai orang kaya nyalas la katakan lepas tu makan kat kedai Hj Mansor gunting ranbut bawah pokok tempah besi kat sebelah rumah penghulu mantai semua sedara nantilah banyak lagi nak sambung sewbab saya mengajar kat SMK (F)Bukit Jalor Negeri Sembilan .Cerita Ali pelat ni pun baik orangnya selalu tolong kat kedai atuk dollah jual kuih depan sek rendah tu anak md Nor ni (pak sedara aku la kiranya sama nama lagi tu Barister at Law) tapi sayang rumahnya tak berduduk rosak dimakan usia kat Abby banyak rumah lama banyak kenagan orang lama dah tak ada tapi rumah rumah ni pun hancur lama lama nostalgik tu dah tak da bukti lagi nanti anak cucu kata cerita dongeng pulak kan bagus ada peniggalan yang terpelihara nanti sambung pcerita Bukit Palembang dan Minister of Finance lah pulak kang sambung sampai subuh pun tak sudah bye….

  9. August 18, 2009 at 12:43 am

    so to say be Malaysian as a good citizen of Malaysian and as A Malay be also as a good Malay Muslim to obey what is actually Islam is (Fundemental in belief) and don’t forget our roots as a Malay(the Culture and traditions too) obey the rukun Islam ,Rukun Iman and Rukun Negara followed by the 10 jalan lurus (10 ways of path) ok be well (good to hear and fasting full of 30 days and wishing happy Ramadhan Al-Mubarak

  10. August 18, 2009 at 12:44 am

    i taugt this website not being updated but it seem it is ok continue with the good job bye..

  11. 11 ninitalk
    August 18, 2009 at 1:31 pm

    Shaary – kalau berminat nak cerita tentang pengalaman sendiri sila mula blog sendiri!
    Terima kasih dengan ucapan selamat berpuasa dan saya ucapkan yang sama! Kita sama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam yang taat kepada agama, bangsa dan negara!

  12. August 18, 2009 at 1:34 pm

    Selamat berpuasa too Kak Halimah!!!

  13. August 24, 2009 at 11:36 am

    ada tak informasi tentang nyals keaatau sedara kita di lain – lain negar ke atau demamang manan and the hj nor ke jamaluddin ke or what ever kalau jadi boleh buat Demang Manan punya reunion kat Gunung Asahan Resort

  14. 15 SMY007
    February 27, 2010 at 2:52 pm

    Since the beginning a lot and lot of improvement in this web site Congratulation on that,so many new item regarding cultural,belief,etnic,race,history,Sosiology,Antropology,Psycology, uhh, so many more again congrats, for the improvement and do always upgrading it Happy Bilated New Year 2010,Happy Chinese New Year(Year of the tiger),Salam Maal Hjrah,do have a plesant,happy nice 2010year to come,Thank you

  15. 16 Wahab HO
    May 9, 2011 at 3:02 pm

    Nini….sy ni juga anak Nyalas…maksudnya bapa dan ibu dr kg Nyalas…lahir dan membesar di Nyalas….Selalu berdamping.. berselisehan dengan anak atau menantu Dr Said…pun ada juga pertalian bau-bau bacang dgn keluarga arwah Tok Penghulu Manan. Arwah En. Baharom Othman adalah suatu ketika dulu boss sy. Bila mengetahui sy orng Nyalas lalu terjalinlah ikatan yg rapat antara kami. Isteri nya sy panggil Kak Maimon ( jika tak silap) anak nya Faisal pun sy kenal.Pernah juga sama bertugas dgn En. Ahmad Hassan Moga mereka semua sehat sejahtera hendaknya..Sy terasa bangga pabila Cik Nini mengaku anak Nyalas… sebuah kampong yg jauh di perdalaman…

  16. 17 ninitalk
    May 9, 2011 at 4:10 pm

    Apa khabar Wahab HO? Ramai ahli keluarga saya yang Whab HO kenal – isteri arwah Baharom ialah Kak Non. Yang lain termasuk Ahmad Hassan semua sihat dan Faizal ialah anak Kak Nah yang sulong. Kami masih menjengok saudara mara di Nyalas bila ada perkahwinan atau kematian. Mana boleh lupa kampung halaman dan ingatan lama? Salam

    nini

  17. 18 Wahab HO
    May 10, 2011 at 12:53 pm

    Maaf krn add Datin sbg Nini sj sebab tak baca sepa sbenarnya Datin. Berair mata sy bila Datin mnulis balik. Sy ni terasa rpt dgn keluarga arwah Tok Manan. Masa kecil dulu selalu kreta besar hitam lalu di lorong seblah rumah sy di tepi pdg bola kg Nyalas tanpa no plate..hanya bertulis MBNS. Abah kata itu keta Menteri Besar NS bernama sekian kian isteri nya Mak Ijah Mantai…mereka pegi ke dalam belok rumah Long Limah.Kreta tu pernah berhenti di tepi rumah…puan punya berhenti utk berbual dgn abah yg kebetulan ada di perkarangan rumah. Terpahat dlm hati sy dan amat berbangga sekali. Masa alam psekolahan selalu lah sy baca rencana dlm Straits Times tulisan Tan Sri ( ayah Datin )seorng bekas Menteri yg tidak akan kita jumpa lagi sifat kejujuran sepertinya pada menteri-menteri selepas nya. Pernah terjumpa T Sri melawat org sakit yg sama (arwah cikgu Ramli) di Hospital Melaka, dpt bersalam dgn nya…terlalu simple org nya …Pada Tahun 1972 kakak sy dimasukkan ke Hospital KL sakit buah pinggang…anak T Sri …seorng doktor (lelaki) kerap dtg melihat kakak bila mengetahui kami dr kg Nyalas..tak tahu nama nya..Bila kakak tak ada harapan, doktor inilah yg memberitahu kami akan akibatnya jika kami bawa balik…kakak meniggal dlm usia 29 tahun. Doktor itu lah yg banyak membantu kami..Kenapa keluarga T Sri terlalu baik dan berjaya …sebab didikan dr org tua mereka yg jujur dan ikhlas. Semasa sy masih bertugas dulu …Kak Non pernah menelefon sy mminta carikan sbrang kerja utk arwah En Baharom yg pada ketika itu baru bersara kerana Kak Non kata arwah tu duduk rumah asyik semua tak betul saja…Kak Non pun baik org nya…Masa isteri sy kena brain surgery di US dulu ( sy post grad student masa tu 1985-87) En Baharom masa tu Pengarah MSD di Washington. Beliau lah yg banyak membantu dan sering menelefon bertanyakan khabar kami( kami di Indiana)…..Alfatehah.

  18. 19 ninitalk
    May 11, 2011 at 8:08 am

    Wahab O – anak cucu Dr Said cuba sedaya upaya meneruskan nilai diri, keluarga dan masyarakat yang dicontohi ibubapa, tok nenek kami. Asasnya ialah keserdanaan dalam gaya dan cara hidup, komitmen serta integriti dalam sumbangan kepada keluarga dan komuniti Insya Allah

  19. 20 Wahab HO
    May 11, 2011 at 3:51 pm

    Datin…kenapa tak tulis buku mengenai keluarga ..especially dr jurai keturunan Tok Manan..adik beradik Tok serta keturunan mereka yg munkin meliputi hampir 80% anak Nyalas..kisah2 kehidupan Mak Ijah adik beradik nya dan kisah adik beradik Datin serta seterusnya….nama2 spti Ali…Mariam..Pak Awang..Ulong Limah ..Nenek Tiamoi …menjadi nostalgia pada kami yg sentiasa merindui kg Nyalas …Sy percaya peminat Datin ada di merata pelusuk negeri dan dunia kerana anak-anak Nyalas kini sudah merata-merata…Dalam kami berkumpul bercerita asal timbul crita Nyalas akan tersebut lah nama Tok Manan dan keturunan nya…Junjongan hormat dari kami warga Nyaleh….doa kami moga datin dan keluarga sentiasa sihat sejahtera ….amin.

  20. 21 Nong Roslan
    April 10, 2012 at 11:28 pm

    I am a descendant of those “anak Nyaleh” who have migrated…first to Singapore, and now living in Province Quebec, Canada, since 1975. Both my parents (who migrated to Spore soon after the 2nd World War to seek a better opportunity) and their parents are children of Nyaleh. I still have many fond memories of the many visits to kampong Gubah visiting my nek Esah Bahusin or nek Tiamoi……..climbing trees, getting wet and dirty playing in “longkang” and getting yelled at for going into bushes to collect spiders & black ants, and keeping them in my atok Bahudin’s tobacco tins. Even after all these years, and being away from “home”, all those memories hold a special place in my heart. I do not know how to peribahasa anymore; I don’t know how to berpantun; I have forgotten the Nyaleh slang and terminology, and have lost contact with many relatives.

    This much I can tell you! Living here in Ville de L’ile Perrot (“ile” is island in French)…..being the only Malay family among a population of 9.900 (French majority & English) and, have learned to adapt ourselves into the community…..we still speak Malay at home (thankfully, in part, because my hubby is also a Negri Melayu) & even though my children dont speak the language fluently, they know enough to understand, and now, our grandkids are starting to pick up a few words too. We still have rice on our dinner table at least 3 or 4 times per week, and my 8 yr old grandson has acquired the taste for Lemak Pedas, Sambal & Curry. And, they are all too familiar with the Malay children’s nursery rhymes like “Pok Amai2”, “Enjut2 Semut” etc. More importantly, my husband & I have not forgotten our roots, nor our Islamic faith which we hold tight in our breasts…..inshaallah! Now, I am embarking on a journey of Silaturrahim, trying to reconnect with long lost relatives and at the same time, compile a comprehensive Family Tree for my future generations here.

    Salam to my new found cousin, Halimah…wishing you and family good health!
    Salam to Ho Wahab….if I m not mistaken is Jamal..
    Salam to Shaary, whom I recognized as my nephew

    Nong

  21. 22 hbm
    August 29, 2012 at 6:53 pm

    Saya anak ‘Nyaleh’ juga dari Kampung Gubah..cicit Haji Kenit, sedara kepada owner kedai runcit di Kg Gubah..salam semua


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pages


%d bloggers like this: