19
Oct
09

1782463_510a_625x625

 

MASJID DAN PERNIAGAAN

Saranan Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjadikan masjid suatu medan perniagaan dan ummah yang mengunjunginya peniaga yang dapat menjana pendapatan lumayan tidak tepat sama sekali.

Bukan sahaja idea ini menyimpang daripada peranan masjid dan tanggungjawab anggotanya untuk mengendalikan aktiviti keagamaan, ia akan mengelirukan ummah Islam yang akan menganggap perniagaan lebih menarik daripada amal ibadat.  

Perbandingan yang dibuat dengan Masjid Nabawi di Madinah atau Masjidil Haram di Mekah juga perlu diteliti dengan lebih mendalam. Benarkah perniagaan di sekitar kawasan masjid ini dilakukan oleh anggota masjid untuk menjana pendapatannya? Adakah peniaga yang berjual di sekeliling kawasan masjid ini menghulurkan sebahagian daripada keuntungan mereka kepada tabung masjid?

Jika benar pun ini berlaku, saya masih menkhuatiri saranan Mukhriz untuk membangunkan usahawan untuk Kariah Masjid ( muka 5 Utusan Malaysia, 19 Oktober).

Mengapa perlu dibawa perniagaan ke venu yang harus menumpukan segala usaha ke arah memupuk pendidikan moral dan keagamaan? Mengapa peranan utama  ini dikelirukan dengan matlamat perniagaan?

Soal-soal penting seperti membentuk ummah Islam yang tinggi darjatnya harus difikirkan dengan lebih teliti memandangkan ketipisan pengetahuan dan iltizam tentang perkara ini! Bengkel-bengkel pendidikan dan pendedahan harus diadakan dengan lebih teratur yang memberi pedoman dan ajaran tentang penghalusan akhlak dan budaya, peninggian integriti dan ketelusan, peningkatan kemahiran keibubapaan – bukan kemahiran berniaga yang sudahpun dijalankan dengan meluas oleh UMNO dan agensi -agensi yang lain!  

Jika benar UMNO hendak memupuk semangat kekitaan atau “inclusiveness”, yang sepatutnya disarankan oleh Mukhriz ialah  sifat keterbukaan masjid yang perlu diterjemahkan kepada aktiviti aktiviti di mana pakar -pakar dalam bidang sains sosial diundang untuk membantu anggota masjid dalam usaha seharian.

Elok juga sekira-nya bengkel-bengkel ini dimanfaatkan oleh kaum lain untuk menyambut laungan SATU MALAYSIA! Alangkah baik jika kaum bukan Islam didedahkan kepada ajaran Islam untuk memperkukuhkan pengetahuan serta menjalin sillaturrahim antara kaum.


2 Responses to “”


  1. 1 askar melayu
    October 19, 2009 at 11:55 am

    Tuan Rumah

    Aktiviti keagamaan? Ibadat? Apakah ‘rituals’ sahaja diaggap keagamaan atau ibadat? Jika aktiviti-aktivi perniagaan dapat menarik minat umat ke masjid, ia patut dialu-alukan. Malah saya berpendapat konsep masjid itu boleh diperluaskan. Model masjid yang moden dan pragmatik tanpa melupakan unsur-unsur tradisi masjid itu sendiri.

    Mungkin selain aktiviti perniagaan jual-beli, terdapat juga pejabat professional seperti firma guaman, senibina dan kejuruteraan. Juga perpustakaan berinternet dan pusat sukan. Aktiviti sedemikian bukanlah didalam masjid tetapi didalam kompeks masjid yang lebih besar dengan masih menjaga tata-susila dan ada bila di kawasan masjid.

    Dengan itu masjid akan dikunjungi bukan sahaja pada waktu sembahyang Jumaat atau Hari Raya dan oleh golongan tua. Malah akan menarik berbagai lapisan usia dan masyarakat pada setiap masa. Jika telah ada ‘crowd’ adalah lebih mudah untuk menganjurkan apa juga program.

  2. 2 ninitalk
    October 20, 2009 at 9:35 am

    Terima kasih askar melayu kerana sudi melawat ninitalk dan menyumbang pandangan.

    Saya amat bersetuju dengan cadangan mengadakan perpustakaan, samaada yang mengandungi buku dan teks bertulis atau bahan teknologi baru seperti internet. Ini pasti akan membuka minda dan memberi maklumat dan ilmu kepada ummah Islam. Pelajar sekolah/IPT yang tidak mempunyai kemudahan ini di rumah boleh datang ke masjid untuk menggunakannya.

    Aktiviti sukan di pekarangan masjid akan menarik penduduk tempatan terutama golongan muda untuk berjinak-jinak dengan ritual keagamaan dan ibadat seperti sembahyang lepas bermain. Mungkin selepas bersukan mereka boleh dihidangkan dengan pedoman hidup!

    Saya fikir 2 cadangan ini harus dilaksanakan dan boleh menjana pendapatan dan menjadikan masjid venu penumpuan ramai ummah untuk menikmati kegiatan komuniti.

    Walaubagaimana pun saya tidak bersetuju masjid dijadikan medan perniagaan dan anggota masjid menumpukan minat kepada kegiatan perniagaan. Saya kurang senang dengan imej masjid sebagai satu lagi pasar seperti pasar malam dan pasar tani yang sudah banyak ada sekarang. Keadaan di Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan contoh kerana konteksnya yang berlainan.

    Berpasar bukan peranan dan tanggunjawab masjid dan anggotanya! Mereka harus mengekalkan kesucian masjid sebagai tempat untuk beramal ibadat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




October 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pages


%d bloggers like this: