27
Nov
09

 

MARUAH WANITA

Seringkali rujukan dibuat kepada ayah/ surah  Al Quran yang maha suci:

Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya, maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

AN NISAA’ (WANITA)  Terjemahan Kerajaan Saudi Arabia

And if you have reason to fear that you might not act equitably towards orphans, then marry from among [other] women such as are lawful to you – [even] two, three, or four: but if you have reason to fear that you might not be able to treat them with equal fairness, then [only] one – or [from among] those whom you rightfully possess. This will make it more likely that you will not deviate from the right course.

AN-NISA Translated and Explained by Muhammad Asad

Seringkali rujukan dibuat bagi menjelas dan mempertahankan amalan poligami dalam agama Islam. Seringkali ia ditafsirkan sebagai peruntukan yang mengizinkan lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu (isteri). Seringkali ia dianggap sebagai hak  lelaki Islam yang memberi mereka kelebihan menentukan soal rumah tangga sebagai ketua dan pemimpin keluarga dalam segala aspek hidup dan mati.

Amat besar tanggungjawab dan kewajipan seorang suami dan bapa yang mendidik isteri dan anak-anak mengikut jalan yang benar! Amat besar juga dosanya jika mana mana aspek kewajipan ini diabaikan!

Dalam keluarga berpoligami, yang sering diutamakan ialah nafkah zahir batin. Suami bertanggungjawab menampung gaya dan cara hidup isteri dan anak-anak dari dua atau lebih keluarga dengan seadil-adilnya. Kesaksamaan menjadi prinsip dan pegangan suami yang soleh kepada isteri-isteri soleha yang dikahwininya – kesaksamaan yang mudah dihitung dengan kiraan RM. Dari aspek kasih sayang dan nafkah batin kiraan ini mungkin sukar dibuat!

Malangnya bukan semua  suami Islam soleh dan bukan semua isteri Islam soleha! Yang sering berlaku ialah ketidaksamaan dalam menunaikan tanggungjawab zahir dan ketidakselesaan dalam menunaikan kewajipan batin! 

Rambut sama hitam; hati lain-lain!

Bukan mudah bagi seorang isteri menerima hakikat bahawa suaminya mengahwini satu, dua atau tiga isteri lagi! Sekuat-kuat imannya, setabah-tabah jiwanya, sebijak-bijak mindanya, setinggi-tinggi pendidikannya, seluas-luas pendedahannya, hati manusia amat kecil dan kerdil.

Seringkali berlaku patah hati, putus hati, hati yang hancur berderai disebabkan suami yang memungkarinya, yang tidak setia, tidak adil, tidak bertanggungjawab dan tidak berperasaan belas kasihan!

Terlalu ramai isteri dalam keluarga berpoligami yang dianiaya secara tersirat. Maruah dan keyakinan diri mereka sering dipermain-mainkan oleh suami yang terjerumus dalam kancah kesulitan yang dibina oleh mereka sendiri. Sesuatu (kahwin dua atau tiga atau empat) yang dianggap macho dan mempamirkan kejantanan suami pada satu ketika, menimbulkan masalah hidup yang berterusan, lebih lebih lagi jika mempunyai ramai anak. Karenah isteri-isteri pula macam macam! 

Yang penting isteri dalam keluarga berpoligami mesti berpegang teguh kepada tanggunjawab dan hak mereka sebagai wanita Islam yang bermaruah dan berintegriti. Mereka tidak harus menikus jika hak mereka dan anak-anak mereka dicabuli. Adalah menjadi tanggungjawab isteri soleha menegur dan membaiki sikap buruk suami; adalah menjadi kewajipannya sebagai ibu yang setia membina rumahtangga aman dan saksama; adalah menjadi perjuangan hidupnya untuk menjadi seorang wanita yang dihormati dan dipandang tinggi oleh komuniti dan masyarakat di sekelilingnya.

Maruah wanita mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh wanita sendiri dan lelaki yang mendekati mereka!        

 

Advertisements

5 Responses to “”


  1. 1 NanaDJ
    November 27, 2009 at 10:15 pm

    Halimah,
    Allah Taala Maha Pemurah, Maha Agong dan Maha Mengetahui. Islam merupkan agama yang sempurna, setiap hukum yang tersurat didalam Kitab Suci Al Koran mempunyai maksud yang mendalam dan diperturunkan untuk kebaikan manusia. Tetapi manusia sendiri yang mematuhi sebahagian sahaja daripada hukum Allah dan mengabaikan yang lain. Poligami dibenarkan untuk membolehkan wanita tertentu (yang janda, yang menderita di dalam peperangan, yang yatim piatu) dilindungi oleh kaum lelaki. Malangnya, poligami digunakan sebagai paspot untuk memuaskan nafsu, untuk mencari yang lebih muda dan cantik, untuk menyalahkan isteri sedia ada dengan pelbagai kekurangan pada diri mereka. Lebih buruk lagi syarat yang diutamakan iaitu bersikap adil langsung tidak dipatuhi. Olehkerana salah intrepetasi sedemikian maka isteri yang dimadukan menjadi ‘bitter’, kecil hati dan sengsara.Dalam masa yang sama mereka juga merasakan diri mereka diperlekehkan, ‘inadequate’, rendah diri dan berhadapan dengan persepsi yang kekurangan pada diri mereka (saperti yang dikatakan oleh si suami) mungkin menjadi penyebab suami mereka mencari yang lain.
    Wanita yang boleh menerima poligami dengan hati yang tenang, redha dan penuh kesabaran sememangnya wanita yang solehah. Tetapi bagaimana dengan suami yang tidak adil dan lari daripada tanggungjawab mereka???

  2. 2 ninitalk
    November 28, 2009 at 2:34 pm

    Sungguh benar dan bernas kata-kata NanaDJ!

    Kian lama ramai isteri Melayu Islam yang dimadukan menanggung derita kerana percaya bahawa merekalah yang serba berkurangan – kurang muda, kurang jelita, kurang menarik – jika dibanding dengan isteri baru yang dikahwini suami mereka.

    Maruah dan harga diri mereka dihakis oleh suami yang tidak taat dan tidak setia kepada janji-janji yang dilafazkan dahulu. Mereka sering disalahkan kerana tidak pandai menjaga diri dan menjaga suami.

    Sudah tiba masanya komuniti dan masyarakat Melayu Islam menerima hakikat bahawa yang serba berkurangan ialah lelaki yang sanggup meduakan isteri dan anak-anak kerana tidak mempunyai pegangan/ prinsip hidup yang tulen dan mulia. Mereka sanggup mengecewakan keluarga pertama kerana tidak dapat mengawal nafau.

    Wanita Melayu Islam mesti menunaikan tanggungjawab mereka dan mempertahankan hak mereka sebagai ummah yang taat kepada ajaran agama Islam, dan isteri/ ibu yang mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi!

  3. November 29, 2009 at 11:03 am

    it’s the common notion that isteri pertama feels insecure over the younger, prettier and more able 2nd wife… but what about a situation where the 1st wife is in fact younger, smarter, much prettier and even more sexually attractive than the husband’s 2nd pursuit? how does one explain this?

  4. 4 NanaDJ
    November 29, 2009 at 5:11 pm

    Cowboymalaysia,
    I tend to think that men in general are very clever in coming up with excuses. If they have a younger and prettier first wife then their excuse will be she is immature/bimbo/inexperience/not intellectual enough/dumb-dumb/not good in bed etc (remember a certain member of the royal family, whose wife was loved by nearly everyone except him – he prefer an older, not so good looking lady!.
    What we are saying here is that should men take another wife, for goodness sake be responsible, be fair and not neglect the first wife and the children

  5. 5 ninitalk
    November 29, 2009 at 9:13 pm

    Yes – for goodness sake just admit that you are a weakling and take full responsibility for your actions!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Pages


%d bloggers like this: